Custom Search

Pengumuman

Atas permintaan ramai & sambutan yang hebat, Teater Muzikal Tun Mahathir terbitan CTRA Production bakal dipentaskan semula dari 21 - 30 Januari 2011 di Istana Budaya. Layari www.ticket2u.biz & call 03-4026 5558 / 03-4147 8600 / 03-6186 6592.

Untuk maklumat tiket korporat / tiket VIP / penajaan, sila hubungi 03-6186 6592 / 012-297 7220.

Pelakon Muzikal Tun Mahathir


PELAKON MUZIKAL TUN MAHATHIR MUSIM 2 (21 - 30 JANUARI 2011)

Ezany Nizariff sebagai Dr. Mahathir
Esma Daniel sebagai Dato' Seri Dr. Mahathir

















Elly Mazlein sebagai Datin Seri Dr. Siti Hasmah
Misha Omar sebagai Dr. Siti Hasmah
Dato' AC Mizal sebagai Aziz (Kawan CheDet)
Sarimah Ibrahim sebagai Susur/Pencerita



Azean Irdawaty sebagai Mak Bidan


PELAKON MUZIKAL TUN MAHATHIR MUSIM 1 (24 SEPTEMBER - 9 OKTOBER 2010)


FAZIRA WAN CHEK @ ERRA FAZIRA - DR. SITI HASMAH MOHD ALI
BEKAS Ratu Cantik Malaysia 1992 yang lebih dikenali sebagi Erra Fazira ini menjadi fenomena industri filem Melayu tanah air apabila kebanyakan filem yang dibintanginya mencapai kutipan jutaan ringgit. Malah, filem pertama lakonannya, Sembilu yang dihasilkan pada 1994 mencapai kutipan RM4.2 juta. Selepas itu, anak kelahiran Selangor ini terus aktif berlakon filem sehingga kini terlibat dalam 35 filem. Antara filem lakonannya ialah Soal Hati, Hingga Hujung Nyawa, Cinta Kolestrol, Mr. Cinderella, KL Menjerit 1, Cuci, Castello dan Gerak Khas The Movie. Hasil penglibatannya dalam filem beliau telah menerima pelbagai anugerah termasuklah Pelakon Wanita Terbaik melalui filem Soal Hati pada 2001 dan Hingga Hujung Nyawa pada 2005. Beliaumenjadi `fenomena’ dan Primadona Filem Melayu sejak 1994. Beliau juga amat berbakat dalam bidang nyanyian dan telah menghasilkan beberapa album yang mana lagu-lagu nyanyian beliau menjadi siulan seluruh Negara. Dalam bidang teater pula, Muzikal Tun Mahathir adalah penampilan kedua beliau selepas muncul dalam teater Selendang Umi karya Sasterawan Negara, Datuk Noordin Hassan.


ESMA DANIEL sebagai Datuk Seri Dr. MATATHIR MOHAMAD (Dewasa)
Esma Daniel dilahirkan tanggal 16 Januari 1969 di Teluk Intan, Perak. Kerjayala konannya bermula sebagai model selepas memenangi gelaran “Hero Remaja” yang pertama padat ahun 1991 anjuran majalah “Remaja” oleh Karangkraf. Bermula dari sinilah dia menempa nama di kalangan masyarakat dan industri perfileman. Esma menerima beberapa tawaran iklan televisyen pada ketika itu, di antaranya ialah Dashing, Salem dan Enchanteur, tidak lama kemudian, dia disunting pengarah drama dan juga filem. Selama 20 tahun di dalam bidang lakonan, dia telah melibatkan diri lebih ratusan drama dan beberapa filem. Esma cukup dikenali di pentas drama sebagai watak utama, tetapi Santau sebagai filem yang mencecah kutipan box-office membuktikan dia berbakat dalam lakonannya. Sebelum ini Esma pernah digandingkan bersama pelakon terkenal Erra Fazira di dalam filem Anak.
Esma pernah melibatkan diri di dalam teater bergandingan bersama Wardina Safiyyah di dalam Julia. Teater Muzikal Tun Mahathir merupakan teater pertama di mana beliau meraih peluang membawa watak utama. Esma menyukai tarian dan juga nyanyian dan merasakan penglibatannya di dalam teater muzikal ini sebagai cabaran yang menguji kemampuannya di dalam seni lakonan.


ZIZAN NIN sebagai Dr. Mahathir (remaja)
Mula bergiat dalam bidang lakonan pada tahun 2002 dengan membintangi telemovie Bulan Jadi Saksi arahan Normah Noordin. Antara telemovie lakonan beliau adalah Table For Two (2004), Raflessia (2005), Mya Zara (2006), Nuraishah (2006), Dunia Baru (2006), Cinta Medik (2006), Kaizer (2007), Spa Q (2007), Anak Pontianak (2007), SAKA (2008), Ku Milikmu (2008), Penunggu Gunung Raya (2010) dan Epilog Syurga Cinta (2010). Selain daripada bergiat dalam bidang lakonan, beliau juga terlibat sebagai pengacara TV. Antaranya adalah Beat TV (2001/2002), Generasi Digital (2005), 3 Hari 2 Malam (2006/2007) dan Pakar Kejelitaan Musim 3 (2009). Teater Muzikal Tun Mahathir merupakan percubaan pertama beliau dalam industri teater.


MOHD SHAFIEQ SHAZWAN ZAMRUS sebagai CHE DET (Mahathir Kanak-kanak)
Afiq muncul di khalayak umum apabila bakatnya ditemui melalui pertandingan mencari bakat Idola Kecil Musim Pertama terbitan TV9 dan beliau berjaya ke peringkat Grand Finale. Baru-baru ini, Afiq sekali lagi muncul dalam rancangan realiti karaoke juga di TV9 iaitu Oo La La di mana Afiq turut tersenarai dalam kedudukan lime teratas rancangan tersebut. Selain daripada menyanyi, bakat Afiq dalam pengacaraan turut terserlah apabila Afiq turut bergiat aktif sebagai pengacara rancangan Adik di 9. Murid Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama yang berumur 13 tahun ini suka membaca, berkaraoke dan bermain badminton. Beliau bercita- cita untuk menjadi seorang doktor atau superstar. Teater Muzikal Tun Mahathir merupakan penglibatan pertama beliau dalam bidang teater.


 MISHA OMAR sebagai ROSNAH MAJID
PENYANYI Kelahiran Kelantan yang popular dengan lagu Bunga Bunga Cinta dan Cinta Adam dan Hawa ini telah mula bergiat dalam bidang lakonan. Beliau pernah muncul dalam filem Main-Main Cinta sebagai pelakon utama dan Gerak Khas 3 The Movie sebagai watak pembantu. Pernah memenangi Anugerah Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-18 serta pernah memenangi AnugerahJuara Lagu 2004. Pertama kali muncul di pentas teater melalui teater Gamat 2terbitan CTRA Production, kemudian Uda dan Dara seterusnya teater ketiga adalah Muzikal Tun Mahathir.

A Tribute to Tun Dr Mahathir (Shafieq Shazwan sebagai Tun M Kanak-kanak di The Star Online TV)

Fragmen Interview Bersama Tun Dr. Mahathir

Augmented Reality (AR) in Muzikal Tun Mahathir (by Friendly Rabbit Media)