Custom Search

Pengumuman

Atas permintaan ramai & sambutan yang hebat, Teater Muzikal Tun Mahathir terbitan CTRA Production bakal dipentaskan semula dari 21 - 30 Januari 2011 di Istana Budaya. Layari www.ticket2u.biz & call 03-4026 5558 / 03-4147 8600 / 03-6186 6592.

Untuk maklumat tiket korporat / tiket VIP / penajaan, sila hubungi 03-6186 6592 / 012-297 7220.

Tenaga Kreatif


PENERBIT
Siti Rohayah Attan
Graduan Kewartawanan dan Filem dari USM Pulau Pinang ini pernah bertugas sebagai Pengarang Sastera dan Hiburan di akhbar Utusan Malaysia selama 10 tahun. Beliau menulis buku biografi Tan Sri Sabbaruddin Chik - Teknokrat Yang Tersingkir (2007), novel Cinderella, Romeo & Juliet, Meniti Ranjau Kasih, Trilogi Wajah Wanita, Di Sini Luruhnya Musim Kasih, Primadonna Minden, Kasih dan Air Mata.
Mengarah teater karya sendiri iaitu Mencari Juita (1998), Akulah Perempuan Itu (1998), Bulan Menangis (2003), Pelayaran Nur Atma (1999), Dejavu Seorang Perempuan (1999), Dejavu (2004), Bukan Dejavu (2008) dan teater Nyonya (2004). Beliau juga mengarah Malam Puisi Utusan (pernah disertai Tun Dr. Mahathir, 1996, yang membacakan puisi Perjuangan Belum Selesai).
Bertindak sebagai penerbit dan pengarah projek teater Muzikal Gamat (Istana Budaya 2009 & MaTiC 2010), Muzikal Ibu Zain (IB 2008 & MaTiC 2009), Nyonya (Kedah 2007, IB2008), Muzikal Lantai T.Pinkie (IB & Perak 2006), Anugerah (2002/1996), Lantai T.Pinkie (2000/1997/1996), Kereta Kencana (Kumpulan Rendra -1998), Taman Baginda (1998) dan Assyura (1997). Sepanjang 16 tahun, beliau telah menerbitkan 26 teater yang dipentaskan di seluruh negara.
Mewakili Malaysia ke Bengkel Penulisan Drama Majlis Sastera Asia Tenggara di Bogor, Indonesia (2000/2011), Festival Teater ASEAN di Brunei (1994) dan menyertai seminar di Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, China, Australia, Thailand, Singapura, Perancis dan Filipina.
Beliau juga menulis drama radio dan tv termasuklah antaranya Mencari Az-Zahra, Hujan di Hati Kamariah, Keranamu Mas Intan dan Enigma. Beliau adalah Presiden Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan menganggotai beberapa NGO termasuklah Ahli Majlis Teater Kebangsaan (TEMA) dan SENIMAN.


PENGARAH
Rosminah Mohd Tahir

Anak kelahiran Muar, Johor ini tamat pengajuan sarjana di USM dalam bidang teater. Antara karya pentasnya iala Dadah (1983), Pahlawan (1987), Nostalgia (1990), Merdeka (1990), Sang Singa (1990), Api (1991), Satu (1993), Gadis Melayu (1994), Seru dan Syukur (1998), Tanjong Joget (1999), Mahsuri (2000) dan Muzikal Ibu Zain (2008). Skrip monodrama yang dihasilkan beliau termasuk Alim (2003) dan Kopi Pangku (2005).
Teater Anugerah (1996) iaitu adaptasi novel karya Zaharah Nawawi menjadi titik tolak beliau menulis drama pentas secara komersial. Menyusul, teater Lantai T.Pinkie (1997) karya Datuk A. Samad Said sebagai teater pertama bertiket paling mahal ketika itu. Kemudian naskhah itu dijadikan Muzikal Lantai T.Pinkie yang dipentaskan di Istana Budaya (2006) dan Perak (2006).
Beliau juga mengarah dan menulis skrip teater Malam Haram karya Ku Seman Ku Hussein dan Bangsawan Tengku Anum karya asal Morad Ibrahim. Manakala Puter HangLipo arahan beliau di Istana Budaya menjadi Box-Office. Lain-lain teater arahannya ialah Cucu (1995), A Modern Woman (1996 dibawa ke Festival Teater Eksperimental di Cairo), Cik Ros (1999), Raden Galoh (2000), Medea (2000), Monodrama Alim (2003), Kopi Pangku (2005), Kesuma dan Rebab Berbisik (2007), Nyonya karya Wisran Hadi (Istana Budaya 2008, Kedah 2007) dan Muzikal Ibu Zain (Istana Budaya 2008, MaTiC 2009). 
Beliau adalah Dekan Fakulti Teater Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Timbalan Presiden Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM)



PENULIS SKRIP
Ismail Kassan
Ismail dilahirkan di Johor Bahru pada 1954 dan berkelulusan Bidang Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia 1978. Pernah mengikuti kursus International Trading di Bremen, Germany dari 1988-1990 dan ditawarkan mengikuti kursus Documentation adn Information Study di Marywood College, USA (1986). Mula berkhidmat sebagai Tutor Bidang Drama di Jabatan Pendidikan UKM 1976-1977, beliau kemudian berkhidmat di FELDA pada 1978 hingga bersara pilihan pada 1990 sewaktu menjawat jawatan Pengurus Kanan dan Ahli Exco Kanan Perbadanana Niaga FELDA. Beliau kemudian menjalankan perniagaan dan syarikat beliau dilantik sebagai Perunding Motivasi dan Semangat Berpasukan PERODUA sejak 1995 hingga 1997.
Beliau banyak menulis & mengarah teater sejak 1972. Beberapa karyanya memenangi hadiah antaranya, Pelayaran Inderaputera 2 (Tempat Pertama), Menanti Puteri Hijau (Tempat Pertama), Istiqamah (Tempat Pertama), Gelanggang Tok Wali (Pemenang Anugerah Sastera Perdana 2004), Kilung Musung (Pemenang Anugerah Sastera Perdana 2002), Bukan Dejavu dan Kembang Cempaka Sari.
Novel pertama beliau berjudul Restu telah memenangi Tempat Kedua Sayembara Menulis Novel anjuran GAPENA - Kumpulan Perangsang 1997. Novel tersebut kemudian terpilih sebagai Buku Teks Sastera untuk Tingkatan 4 & 5 mulai tahun 2001.
Beliau adalah Presiden Majlis Teater Kebangsaan Malaysia (TeMA). Beliau dilantik sebagai Panel Penasihat untuk persembahan di Istana Budaya dari 2000-2005 dan sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Kebudayaan Islam Hadhari Kebangsaan oleh Jabatan Perdana Menteri (2006-2008).



KOMPOSER & PENGARAH MUZIK
Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)
Penggubah muzik yang tidak asing lagi di tanahair terutama dalam mencipta lagu-lagu berirama Malaysia. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1958 dan mula berjinak-jinak dengan bidang muzik sejak di bangku sekolah lagi. Bakat dan kesungguhan beliau mendalami bidang ini terserlah apabila mendapat peluang menjadi pemuzik sepenuh masa di Kompleks Budaya Negara (KBN) mulai tahun 1977.
Merintis jalan dari KBN, beliau mengumpul sebanyak pengalaman dengan mengikuti banyak kursus & seminar muzik di dalam dan di luar negara hingga yakin untuk menubuhkan syarikat sendiri dan berjaya menerbitkan album artis-artis terkenal tahanair.
Pengarah Urusan Pak Ngah Production Sdn Bhd (PNP) ini pernah menjadi Pengarah Persembahan Perarakan Citrawarna Malaysia 2003, Majlis Penutup Pesta Air Nasional di Lumut, Perak, Perak & Perlis, Perasmian F1 di Litar Sepang 2002, Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2002.
Pencapaian beliau dalam bidang seni antaranya, Komposer Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 2002 (Kategori Etnik Kreatif), Penerbitan Album Terbaik dalam Anugerah Indusrti Muzik (AIM) 2000, Anugerah Planet Muzik 2001 di Singapura, Komposer Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 1999 (Kategori Irama Malaysia - Hati Kama nyanyian Siti Nurhaliza & Noraniza Idris) dan Anugerah Belia Negara 1998.
Gubahan lagu-lagunya untuk pementasan teater bermula sejak di KBN lagi. Antara teater yang beliau pernah menerajui sebagai Pengarah Muzik ialah Malam Ini Penyu Menangis, Cindai, Tikar Mengkuang Seri Tegak Berlima, Rubiah & Muzikal Lantai T.Pinkie.

KOREOGRAFER
Anthony Meh
Antony Menerima biasiswa untuk menuntut di Akademi Kesenian Hong Kong (1992). Selepas tamat pengajiannya beliau Menyertai Syarikat Teater Cloud Dance di Tiwan, syarikat Tarian Nai-N dan Syarikat Tarian GGD di New York dan menjelajah ke 19 negara sebagai penari profesional. Sekembalinya ke Malaysia , beliau berusaha untuk mengabungkan Warisan budaya tempatan dengan tarian kontemporari Cina. Beliau berhasrat untuk melahirkan satu gaya tarian yang dapat mewakilii seni tari Malaysia di peringkat antarabangsa.
Pada tahun 2003 Anthony & Aman Yap menaikkan taraf syarikat teater mereka, Dua Space Dance (ditubuhkan pada 1996) menjadikannya sebuah syarikat senitari profesional. Hasil kerja beliau sebagai koreografer disaksikan di beberapa persembahan di negeri China, Korea, Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Singapura. Anugerag yang telah diterima beliau termasuk Anugerah Koreografer Muda Cemerlang Asia-Pacific (2002) dan Anugerah Seniman Muda Tersohor dalam persembahan Senipentas Kebudayaan (2003) dan Persembahan Terbaik di Anugerah Kesenian Cameronian BOH ke-2. Beliau merupakan pengarah urusan Dua Space Dance Theatre.
KOREOGRAFER
Datin Sharifah Mahani Syed Kassim

Datin Sharifah Mahani Syed Kasim atau lebih dikenli dengan panggilan Mak Ngah merupakan penari tradisional profesional sejak 1975 dan telah mengadakan persembahan ke seluruh dunia. Beliau juga adalah koreografer yang menghasilkan pelbagai persembahan. 
Beliau mengikuti kursus Sijil Seni Kreatif di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang selama setahun, 1982-1983. Pernah menjadi tenaga pengajar di Akademi Seni Kebangsaan  pada 1995 yang kini dikenali sebagai ASWARA dalam seni tari. Pada 1997, beliau menjadi tenaga pengajar tarian di institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah dan kumpulan budaya.
Dari segi penglibatan seni, Sharifah Mahani diberi kepercayaan sebagai Pengarah Tari Konsert Simfoni Tani di Istana Budaya (2005), Pengarah Tari dan Penasihat dalam teater Demi Zaiton arahan Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan anjuran DBP (2004), Penasihat Tari untuk Persembahan Khas Simfoni Cinta Sayang Sempena Perarakan Hari Kebangsaan 2003 & 2001, Perasmian F1 di Sepang, Perarakan Citrawarna 2002, & 2001, Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Penutupan di Port Dickson 2002, Majlis Penutup Sukan SEA XXI 1998, Upacara Perasmian & Penutup Sukan Komenwel dan Persembahan Persidangan APEC.
Beliau juga merupakan pengarah tari bagi pementasan teater Bangsawan Siti Zubaidah dan Teater Muzikal Rubiah di Istana Budaya.
Koreografi dramatari berjudul Ledang beliau turut dipentaskan semasa acara Anugerah Seni Negara 1995 dan beliau merupakan koreografer bagi Pembukaan & Penutup ASEAN Dance Festival, Pertabalan DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agung ke IX Sultan Azlan Shah.
Sharifah menubuhkan KUmpulan Swatari pada 2001 yang memberi pendedahan lenggok tarian tradisional & moden yang meliputi tarian Melayu, Cina, India dan tarian masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dan menawarkan kursus tarian kepada semua yang berminat seawal usia enam tahun. Beliau juga merupakan pengarah syarikat Pak Ngah Production Sdn. Bhd.



A Tribute to Tun Dr Mahathir (Shafieq Shazwan sebagai Tun M Kanak-kanak di The Star Online TV)

Fragmen Interview Bersama Tun Dr. Mahathir

Augmented Reality (AR) in Muzikal Tun Mahathir (by Friendly Rabbit Media)