Custom Search

Pengumuman

Atas permintaan ramai & sambutan yang hebat, Teater Muzikal Tun Mahathir terbitan CTRA Production bakal dipentaskan semula dari 21 - 30 Januari 2011 di Istana Budaya. Layari www.ticket2u.biz & call 03-4026 5558 / 03-4147 8600 / 03-6186 6592.

Untuk maklumat tiket korporat / tiket VIP / penajaan, sila hubungi 03-6186 6592 / 012-297 7220.

Thursday, May 27, 2010

Di Sebalik Tabir


Sesi Temuramah Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad
Satu sesi temubual bersama Tun Dr. Mahathir telah diadakan di Yayasan Pemikiran Perdana, Putrajaya pada 12 Mei 2010. Sesi ini diadakan untuk memastikan fakta-fakta dalam skrip. Kami amat menghargai warga pejabat Tun Dr. Mahathir mengaturkan sesi perbincangan ini... sila klik di sini untuk selanjutnya...


Sesi Temuramah Bersama Tun Dr. Siti Hasmah

Sesi temuramah bersama Tun Dr. Siti Hasmah berjaya dilangsungkan pada 11 Jun 2010 di Yayasan Al-Bukhary. Begitu banyak yang telah dikongsi oleh Tun dengan tenaga produksi Muzikal Tun Mahathir. Erra Fazira, yang bakal melakonkan watak Tun Dr Siti Hasmah turut memohon restu & tunjuk ajar daripada Tun... sila klik di sini untuk selanjutnya...



Temuramah bersama Datuk Mukhriz Tun Dr.Mahathir di Parlimen

Sesi temuramah bersama Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berjaya dilangsungkan di Parlimen Malaysia pada 14 Jun 2010. Dalam sesi ini, kami dapat tahu sisi lain insan yang bernama "Mahathir". Terima kasih Datuk Mukhriz atas masa dan pengalaman yang dikongsi bersama produksi MTM ini.  ... sila klik di sini untuk selanjutnya...

Thursday, May 20, 2010

Sinopsis Teater Muzikal Tun Mahathir

MENCERITAKAN bagaimana kehidupan zaman kanak-kanak, keluarga, rakan-rakan, pendidikan, penjajahan dan segalanya yang menjadi motivasi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi pemimpun yang ulung. Sifat kepimpinan beliau terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi. Beliau mengetuai penentangan terhadap Malayan Union dan kemasukan tentera Jepun. Perjalanan hidup sebagai seorang doktor Melayu yang ingin membantu bangsanya dan ahli politik yang ada pasang surut juga ditampilkan. Begitu juga tentang dilema dan kejayaan yang digapainya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Keseluruhannya digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak yang disesuaikan dengan fakta sebenar yang diperakukan oleh Tun Mahathir sendiri.

Thursday, May 6, 2010

Aktiviti

Klik di Sini Untuk Aktiviti Keseluruhan


Sidang Media II @ Istana Budaya (8 Julai 2010)

Majlis ini dihadiri oleh YABhg Puan Sri Noorainee Abd Rahman selaku penaung Teater Muzikal Tun Mahathir. Kami amat bersyukur dengan kehadiran Puan Sri dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sri dan pejabat Puan Sri kerana memeriahkan lagi majlis ini.

Sidang media ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan pelakon dan penaja awal.

Satu majlis tandatangan Memorandum Persefahaman antara Kumpulan Utusan sebagai Media Rasmi MTM dan Istana Budaya turut diakan.



Sesi Script Reading (9 June 2010)




Sidang Media 1 (15 April 2010)



Ujibakat (24 & 25 April 2010)

A Tribute to Tun Dr Mahathir (Shafieq Shazwan sebagai Tun M Kanak-kanak di The Star Online TV)

Fragmen Interview Bersama Tun Dr. Mahathir

Augmented Reality (AR) in Muzikal Tun Mahathir (by Friendly Rabbit Media)