Custom Search

Pengumuman

Atas permintaan ramai & sambutan yang hebat, Teater Muzikal Tun Mahathir terbitan CTRA Production bakal dipentaskan semula dari 21 - 30 Januari 2011 di Istana Budaya. Layari www.ticket2u.biz & call 03-4026 5558 / 03-4147 8600 / 03-6186 6592.

Untuk maklumat tiket korporat / tiket VIP / penajaan, sila hubungi 03-6186 6592 / 012-297 7220.

Wednesday, April 28, 2010

Artikel Media

'Kami kesuntukan masa' 

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2010/12/08

PEMENTASAN teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
PEMENTASAN teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
 
Penerbit hadapi cabaran getir untuk pentaskan semula muzikal Tun Mahathir pada Januari depan

PADA September lalu, teater muzikal Tun Mahathir dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Teater yang mengangkat ketokohan mantan Perdana Menteri keempat Malaysia itu dibarisi pelakon hebat, namun ia tetap menjadi bahan kritikan.
Ceritanya kurang memberi impak dan penggunaan props yang dilihat tidak setimpal dengan sebuah pementasan yang diadakan di pentas berprestij IB membuatkan ramai pihak tidak berpuas hati mengenainya.
 Begitupun, ketika ramai yang masih mempertikaikan hasil kerja Rosminah Tahir sebagai pengarah teater muzikal ini, tiba-tiba timbul desas-desus mengatakan ia akan kembali dipentaskan di tempat sama pada 21 hingga 30 Januari depan.........klik di sini untuk artikel penuh......
 
 

Zizan Nin Malu Dengan Erra Fazira? (4 Sept 2010)

Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 4 SEPTEMBER 2010: Biarpun Teater Muzikal Tun Mahathir merupakan teater pertama buat pelakon dan pengacara Zizan Nin, namun ternyata dia kini sudah jatuh cinta dengan kerjaya yang baru diceburinya itu.
Zizan yang ditemui selepas Majlis Pra Tonton Teater Tun Muzikal di Istana Budaya baru-baru ini telah melahirkan rasa puasnya apabila dapat turut menjayakan serta menyertai Muzikal Tun Mahathir yang ketika ini masih dalam proses latihan dan rehearsal.
"Saya rasa saya dah mula jatuh cinta dengan teater. Kalau dulu saya tak pernah terfikir untuk berlakon teater dan hanya mahu mengejar untuk menjadi pelakon filem namun kini tidak lagi.

 

Teater Pertama Guna Teknologi Realiti Luasan (www.gua.com.my, 3 Sept 2010)

by sultanmuzaffar | 03 Sep 2010 | in Hiburan, BERITA HANGAT,
Friendly Rabbit Media Sdn. Bhd (FRM) sebagai penyedia teknologi realiti luasan (augmented reality technology) hari ini mengumumkan penggunaan teknologi realiti luaran itu dalam teater muzikal Tun Mahathir.

Teknologi itu pertama kali digunakan dalam sebuah teater muzikal tempatan yang bakal memberikan kepuasan kepada penonton untuk menikmati adegan-adegan yang dipancarkan ke skrin secara langsung mengikut pergerakan pelakon.....please click here for the entire post....

 

Zizan Jatuh Cinta Lagi! (www.gua.com.my, 7 Sept 2010)

by Miss Ayu | 07 Sep 2010 | in Hiburan, TEMUBUAL,

Bermula 24 September hingga 4 Oktober ini, Teater Muzikal Tun Mahathir akan dipentaskan di Istana Budaya. Karya arahan Rosminah Tahir ini menampilkan Zizan Nin sebagai Tun Mahathir di usia remajanya. Ini merupakan percubaan pertama Zizan di pentas teater dan sudah pastilah keupayaannya sebagai pelakon akan diperhatikan ramai, termasuk peminatnya sendiri ....please click here for the entire post....

 

Erra Bimbang Tidak Diterima Penonton (www.gua.com.my, 7 Sept 2010)

by Miss Ayu | 07 Sep 2010 | in Hiburan, TEMUBUAL,
Selepas hampir 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke pentas teater, Erra Fazira akhirnya kembali beraksi sebagai Tun Siti Hasmah dalam Teater Muzikal Tun Mahathir. Kali ini tanggungjawab yang digalas Erra dilhat lebih berat berbanding peranan di dalam ‘Selendang Umi’. Apa tidaknya, Erra melakonkan watak seorang tokoh yang bukan calang-calang orangnya iaitu isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Siti Hasmah.....please click here for the entire post....

 

A tribute to Tun Dr Mahathir

 

By SHEELA CHANDRAN
sheelac@thestar.com.my


Tun Mahathir The Musical plays out the life and achievements of our former prime minister.
IT’S hard to picture acclaimed theatre director Rosminah Tahir being nervous about directing Tun Mahathir The Musical. She has, after all, directed over 10 theatre performances including Puteri Hang Li Po, Teater Nyonya, Muzikal Ibu Zain and A Modern Woman.
Throughout the thespian’s 27-year career, she has written scripts for various plays the likes of Teater Lantai T. Pinkie, Malam Haram, Nostalgia and Tanjong Joget.
A nervous time: The cast of the musical — (from left) Esma Daniel, Erra Fazira and Zizan Nin — hope to do a good job with their singing and dancing.

 

Showbiz: A New Erra in Dr M Musical (20 July 2010)

DENNIS CHUA

 (From left) Misha, 
Diana, Erra, Shafeiq, Zizan and Esma
(From left) Misha, Diana, Erra, Shafeiq, Zizan and Esma 
The stars of Tun Mahathir The Musical are confident that it will be a blast, with leading lady Erra Fazira all excited to play the ex-premier’s wife, writes DENNIS CHUA PREPARATIONS for the first biographical musical of a living Malaysian prime minister are in full swing, as venue Istana Budaya and producer Siti Rohaya Attan have unveiled its star-studded cast. Tun Mahathir The Musical has popular television actors Zizan Nin and Esma Daniel playing the country’s Father of Modernisation and fourth prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad as a young man and world leader respectively. But there’s only one leading lady, and she’s former beauty queen turned actress Erra Fazira. Selangor-born Erra is delighted to be cast as Dr Mahathir’s wife Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali whose family hails from the state too. She describes it as her most challenging role to-date and one of her dream roles. Her close pals and family have hailed her casting as timely, and fans have deemed her worthy of playing another “Malaysian First Lady” — the late Tun Endon Mahmood, wife of fifth prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi. Erra says: “Not long after the producer picked me, we paid Dr Siti Hasmah a visit and she gave us a fantastic insight into her days as a student, doctor, wife and ‘First Lady’.” While she is “absolutely at ease” chatting with Dr Siti Hasmah, she feels “a little nervous” as she rehearses for the September musical. “I want to give my all because I’m playing a major icon of Malaysian women under whose leadership women progressed tremendously,” she says, adding that Dr Siti Hasmah best exemplifies the saying, “Behind every great man is a great woman”......klik di sini untuk artikel penuh......

 

Erra temui Dr Siti Hasmah (19 Julai 2010)

Oleh Norhadiani Baharom
MENJADI satu kesilapan besar baginya andai menolak pelawaan CTRA Production Sdn Bhd untuk membintangi Teater Muzikal Tun Dr Mahathir yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 24 September hingga 4 Oktober ini.
Tambahan pula, watak yang ditawarkan kepada Erra itu bukan sebarangan. Sebaliknya memainkan watak individu yang cukup dekat dan penting dalam kehidupan Tun Dr Mahathir iaitu Tun Dr Siti Hasmah juga isteri kepada Perdana Menteri Malaysia keempat itu.
Akui Erra, meskipun gusar dan gementar persembahan lakonannya tidak menepati piawaian yang diharapkan penonton peluang itu tidak seharusnya dilepaskan.

Malah, wanita jelita itu merasakan dirinya sangat bertuah kerana memperoleh maklumat menarik dan berguna daripada Dr Siti Hasmah pada pertemuan baru-baru ini......klik di sini untuk artikel penuh......


Gementar sebagai Siti Hasmah (15 Julai 2010)


Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Erra diingatkan supaya jangan melakukan aksi berlebih-lebihan

BELUMPUN teater muzikal Tun Mahathir dipentaskan, sudah timbul persoalan adakah pembabitan Erra Fazira sebagai Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali nanti memang sepadan dengan ciri-ciri isteri kepada mantan Perdana Menteri keempat?
Adakah dengan Erra yang memiliki susuk tubuh tinggi lampai dan wajah jelita, boleh menimbulkan gambaran kurang tepat mengenai fizikal Dr Siti Hasmah?
Bagaimanapun, itulah yang penonton akan saksikan apabila teater Tun Dr Mahathir dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 24 September nanti.

Sememangnya Erra terlalu cantik pada pandangan mata Siti Hasmah. Fizikal pelakon itu juga dianggap terlalu sempurna, berbeza sekali dengan dirinya. Bagaimanapun, bagi produksi CTRA, Erra menjadi pilihan kerana wanita itu memilik beberapa persamaan dengan Tun Siti Hasmah......klik di sini untuk artikel penuh.....


Hadapi risiko dikritik (14 July 2010)






BERILAH watak apa sahaja kepada primadona filem Melayu, Erra Fazira tidak kira untuk filem mahupun drama, dia mampu melakonkannya dengan penuh penghayatan.
Namun, kali ini Erra diberi tanggungjawab yang agak berat untuk membintangi teater muzikal Tun Mahathir yang bakal dipentaskan pada September dan Oktober ini.......klik di sini untuk artikel penuh.....

Elemen komersial teater Tun Mahathir (7 Julai 2010)

Oleh Nor Akmar Samudin
CABARAN besar buat pengarah teater Muzikal Tun Mahathir, Rosminah Mohd Tahir untuk mementaskan teater tokoh negarawan ulung itu kerana sejarah hidupnya yang panjang dan terkandung terlalu banyak cerita.
Pun begitu, Rosminah sedia menyahut cabaran itu kerana mantan Perdana Menteri itu juga adalah idolanya dan dengan harapan pementasan itu akan membuat penonton mengenali Dr Mahathir Mohamad dengan lebih dekat terutama generasi muda hari ini......klik di sini untuk artikel penuh.....

 

Sidang Media Muzikal Tun Mahathir @ SelebritiHQ.com (10 Julai 2010)

Photos were posted on 10 Jul 2010 at 1:55pm

Muzikal Tun Mahathir bakal dipentaskan di Istana Budaya  bermula 24 September hingga 4 Oktober ini.  Ia adalah satu-satunya muzikal tokoh politik negara yang masih hidup ketika muzikal itu dipentaskan. Muzikal ini menceritakan bagaimana kehidupan zaman kanak-kanak, keluarga, rakan-rakan, pendidikan, penjajahan dan segalanya yang menjadi motivasi kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk menjadi pemimpin yang ulung. Kisah hidupnya akan digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak tari yang disesuaikan dengan fakta sebenar yang diperakui oleh Tun Mahathir sendiri.....klik di sini untuk artikel penuh.....



Naskhah luar biasa (12 Julai 2010)


































PEMENTASAN Muzikal Tun Mahathir pada September ini merupakan naskhah yang memaparkan perjalanan hidup seorang tokoh pemimpin dan ahli politik tanah air yang masih hidup.
Seperti yang diketahui ramai, ia merupakan naskhah yang akan mengupas sisi lain kehidupan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sebelum ini sudah ada pementasan sebegitu rupa, misalnya Muzikal Tun Razak yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur tahun lalu sebagai mengenang jasa dan ketokohan bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak....klik di sini untuk artikel penuh.....



Mukhriz, Mazhar turut jayakan Muzikal Tun Mahathir September ini (8 Julai 2010)


Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman bersama Pengarah Teater Muzikal Tun Mahathir, Rosminah Mohd Tahir (empat dari kanan) melihat poster Teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar Bernama
KUALA LUMPUR, 8 Julai – Teater Muzikal Tun Mahathir, yang menceritakan kehidupan dan kejayaan perdana menteri Malaysia keempat, pasti memberi kenangan manis kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kerana ia turut dijayakan oleh anak-anak mereka. Teater itu menampilkan Datuk Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sebagai antara yang menyumbangkan idea bagi jalan cerita manakala Mazhar, yang juga penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), memegang watak pembantu....klik di sini untuk artikel penuh....



Imej Mahathir Buat Pelakon Teruja (9 Julai 2010)

Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (tengah) dan Pengarah MTM Rosminah Mohd Tahir (empat dari kiri) melihat poster Muzikal Tun Mahathir bersama artis semasa sidang media di Istana Budaya, Kuala Lumpur, 8 Julai lalu. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU
TEATER Muzikal Tun Mahathir (TMTM) yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 24 September hingga 4 Oktober ini dijangka mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada "kecintaan" masyarakat terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Ini terbukti apabila para pelakonnya turut teruja berlakon dalam teater berkenaan kerana imej positif Mahathir sendiri.
Pelakon Erra Fazira, 37, berkata, dia dapat merasakan tanggung jawabnya memegang watak Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dalam teater tersebut sebagai amat berat.
Katanya, watak itu melibatkan tokoh ternama dan inilah kali pertama dia membawakan watak sedemikian....klik di sini untuk artikel penuh...

Erra Fazira Gentar Lakon Watak Siti Hasmah (11 Julai 2010)

Teks oleh Thani Hasbullah
KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2010 : Ternyata bukannya mudah bagi mana-mana pelakon untuk meniru atau melakonkan gaya, tutur bahasa mahupun gerak badan seseorang. Lebih-lebih lagi watak yang dilakonkan itu adalah tokoh yang disayangi masyarakat umum.
Sekiranya tersilap, pelakon terbabit bukan sahaja menjejaskan mutu keseluruhan persembahan, malah mungkin dikecam hebat.
Begitulah yang terpaksa dilalui pelakon popular Erra Fazira apabila diberi tanggungjawab besar untuk memegang watak Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dalam Teater Muzikal, Tun Dr Mahathir terbitan CTRA Production Sdn Bhd....klik di sini untuk artikel penuh..

 

Esma Daniel Tonggak Teater Muzikal Tun Mahathir (8 Julai 2010)

Teks oleh Thani Hasbullah
KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2010 : Persoalan siapakah yang bakal memegang watak Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Teater Muzikal Tun Mahathir, terjawab apabila syarikat produksinya CTRA Production Sdn Bhd mengumumkan barisan pelakonnya petang tadi.
Watak pemimpin disegani dunia itu dipertanggungjawabkan kepada 3 pelakon mengikut 3 fasa kehidupan, iaitu Esma Daniel, ketika zaman Tun Mahthir berumahtangga, Zizan Nin (zaman bujang) serta finalis program Idola Kecil 2008, Mohd Shafeiq Shazwan pada zaman kanak-kanak...klik di sini untuk artikel penuh..


Musical presentation on the life of Tun Dr Mahathir (9 Julai 2010)



The man, the musical: (from left) Actress Diana Johor, Erra, Mohd Shafieq, Rosminah, Puan Sri Noorainee, singer-actress Misha Omar, Zizan and Esma looking at the poster of “Muzikal Tun Mahathir” during the press conference at Istana Budaya, Kuala Lumpur Thursday.

 KUALA LUMPUR: Three people, including child actor Mohd Shafieq Shazwan, will take the role of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad in a musical that traces his young life to being an elder statesmanThe RM2mil production, “Tun Mahathir – The Musical”, will be staged at Istana Budaya here from Sept 24 to Oct 4.
The actors who will portray the country’s fourth prime minister at different stages of his life are Zizan Nin, playing Dr Mahathir in his youth, and Esma Daniel, who will take Dr Mahathir’s role as prime minister and statesman
...klik di sini untuk artikel penuh.

 

Teater muzikal kisah Dr Mahathir  (9 Julai 2010)

KUALA LUMPUR: Teater Muzikal Tun Mahathir, yang menceritakan kehidupan dan kejayaan Perdana Menteri Malaysia keempat, pasti memberi kenangan manis kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kerana ia turut dijayakan oleh anak-anak mereka.
Teater itu menampilkan Datuk Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sebagai antara yang menyumbangkan idea bagi jalan cerita manakala Mazhar, yang juga penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), memegang watak pembantu.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani berkata, pementasan muzikal di Istana Budaya itu disarankan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim tiga tahun lepas bagi menghargai negarawan ulung itu klik di sini untuk artikel penuh


Erra Mohon Restu Dr. Siti Hasmah (22 Jun 2010)

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my
Foto RASHID MAHFOF

 

 SELAMA ini Erra Fazira hanya mampu memasang angan-angan untuk duduk semeja dengan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Biar sebelum ini pernah beberapa kali bertemu dengan isteri bekas Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun tidak pernah ada kesempatan untuk dia berkongsi kisah kehidupan peribadi wanita kebanggaan negara itu....klik di sini untuk artikel penuh

KRU penerbitan teater Muzikal tun mahathir tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan dengan dr. siti hasmah dalam pertemuan itu. berdiri tiga dari kanan ialah rosminah mohd. tahir.

 

All-star cast for musical on Dr M  (12 Jun 2010)


(From left) Aaron Aziz will play Tun Dr Mahathir Mohamad the aspiring politician; Zizan Nin, a young Dr Mahathir;
Esma Daniel, Dr Mahathir the elder statesman. Erra Fazira will play Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.
(From left) Aaron Aziz will play Tun Dr Mahathir Mohamad the aspiring politician; Zizan Nin, a young Dr Mahathir; Esma Daniel, Dr Mahathir the elder statesman. Erra Fazira will play Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.
KUALA LUMPUR: Popular actors Zizan Nin, Aaron Aziz and Esma Daniel are set to play the Father of Modern Malaysia in a biographical musical in September. The three, who are regulars on television series and movies, will play former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad in Tun Mahathir The Musical at Istana Budaya from Sept 24 to Oct 4..
klik di sini untuk artikel penuh



Berkongsi ‘rahsia’ Dr. Mahathir (10 Jun 2010)

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

BARISAN tenaga produksi Muzikal Tun Mahathir bergambar kenangan bersama Dr. Mahathir Mohamad. Berdiri dari kiri Jamal Bab, Hamzah Tahir, Ismail Kassan, Pak Ngah, Mohamed Juhari, Siti Rohayah dan Sharlina Alias. Turut serta Rosminah Tahir (duduk, kanan).
 SEMAKIN dekat tarikh pementasan Muzikal Tun Mahathir (MTM), debaran semakin dirasakan oleh kalangan mereka yang terlibat secara langsung dalam persembahan tersebut.
Selain mengenal pasti pelakon berwibawa, kemantapan dan fakta cerita yang akan disajikan mesti berdasarkan fakta benar.
Apatah lagi teater ini akan mencatat sejarah teater pertama di Malaysia yang mementaskan tokoh yang masih hidup....klik di sini untuk artikel penuh

 

Watak Tun Mahathir ditemui (2 Jun 2010)

Oleh Ramlah Zainal  roses@hmetro.com.my

TIGA aktor terkenal disebut-sebut memegang watak sebagai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam pementasan muzikal yang akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada September ini.

Mereka adalah Zizan Nin (Mahathir zaman remaja), Aaron Aziz (zaman dewasa) dan Esma Daniel (Perdana Menteri). Watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula kemungkinan besar akan dipegang pelakon jelita, Erra Fazira. Watak utama lain adalah wartawan veteran, Datuk Rosnah Majid yang sesuai dipegang Datin Paduka Umie Aida, ibu Dr Mahathir (Erma Fatima) dan ayahnya, Datuk Jalaluddin Hassan.

Pelakon penting lain yang turut disenaraikan dalam teater arahan Rosminah Tahir itu adalah Ako Mustapha dan Catriona Ross...
....klik di sini untuk artikel penuh



Muzikal Tun Mahathir Lelaki Penakluk
27 Mei 2010
Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my
MENGANGKAT tokoh tersohor sebagai subjek utama lalu diolah menerusi pementasan teater bukan dianggap perkara mudah. Ditambah memaparkan biografi individu masih bernafas di muka bumi ini, ia dilihat menjadi tanggungjawab berat untuk direalisasikan....klik di sini untuk artikel penuh


Finding Mahathir

2010/05/01
DENNIS CHUA
Auditions for Tun Mahathir The Musical are under way, and the hopefuls look promising, writes DENNIS CHUA

 Auditions are conducted by Rosminah























DESPITE just 50 hopefuls auditioning on the first day, the creators of Tun Mahathir The Musical are hopeful that their target of 200 candidates will be met.

Director and scriptwriter Rosminah Tahir and producer Siti Rohaya Attan are also optimistic that they will find a cast that does justice to the story of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad. The musical will take place from Sept 24 to Oct 4 at Istana Budaya in Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. The next round of auditions will be on May 8 and 9...click here for more




Peluang Berlakon Muzikal Tun Mahathir (29 April 2010 @ Mangga Online)
Istana Budaya dan CTRA Production akan mementaskan Teater Muzikal Tun Mahathir. Oleh itu, uji bakat untuk mencari pelakon teater ini akan diadakan. Kepada yang berminat untuk melibatkan diri dalam teater tersebut diminta datang sesi uji bakat.... klik untuk selanjutnya

Musical Tribute to Tun Mahathir (19 Apr 2010) @ NST
Tun Mahathir The Musical, to be staged in September, will focus on the statesman’s life experiences rather than his political endeavours, writes DENNIS CHUA.
HE life story of Tun Dr Mahathir Mohamad comes under theatrical spotlight in September in Istana Budaya, Kuala Lumpur. Tun Mahathir The Musical, from Sept 24 to Oct 4, is part of the national theatre’s efforts to highlight great Malaysians and to inspire the leaders of tomorrow. It is produced Siti Rohaya Attan, best known for the plays Dejavu Seorang Perempuan (1999), Gamat (2009), Ibu Zain (2008) and Lantai T.Pinkie (1997)... click here for more

 

Pentas Teater Dr Mahathir (17 Apr 2010) @ Harian Metro
2010/04/17 KISAH hidup negarawan terbilang Tun Mahathir atau nama penanya Che Det dari zaman kanak-kanak, remaja hinggalah beliau meletakkan jawatan antara paparan menarik dalam Muzikal Tun Mahathir yang akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) untuk mengisi slot sempena sambutan Hari Kemerdekaan, tahun ini ...klik untuk selanjutnya
 
 
Cari Pelakon Bawa Watak Tun Mahathir (22 Apr 2010) @ Berita Harian
WALAUPUN ramai ‘menawarkan’ diri untuk membintangi teater muzikal Tun Mahathir, namun CTRA Production dan Istana Budaya (IB) masih berdepan kesukaran mencari pelakon terutama calon sesuai untuk membawakan watak Perdana Menteri ketiga itu .... klik untuk selanjutnya
 

A Tribute to Tun Dr Mahathir (Shafieq Shazwan sebagai Tun M Kanak-kanak di The Star Online TV)

Fragmen Interview Bersama Tun Dr. Mahathir

Augmented Reality (AR) in Muzikal Tun Mahathir (by Friendly Rabbit Media)